Saturday, 26 March 2011

Assalamualaikum..Dan Selamat Pagi...

Syukur di panjatkan pada Ilahi kerani masih mengurnia nikmat kehidupan yg mengizinkan utk aku terus beribadat kepada-Nya....Alhamdulillah....
Pagi td di company tempat aku Practical (MSET Shipbuilding),ada safety briefing yg mane safety briefing ni selalu di lakukan setiap hari Ahad...dlm briefing pagi aku tertarik dengan satu kenyataan dari safety officer aku yg menyatakan tentang keperluan Oksigen dlm ruang terkurung (confine space).
aku terfikir betapa besarnya kurniaan tuhan yg memberikan kita oksigen yg kita tak nampak,tp kita amat memerlukannya utk sistem pernafasan kita agar jantung kita dalam mengepam darah utk satu sistem kejuruteraan yg PALING AGUNG ciptaan Allah SWT.
Bijaksananya dan indahnya ciptaan yg Maha Besar ni..di sini aku ingin berkongsi sedikit artikel tentang kaitan oksigen dan Islam yg di ambil dari http://ms.langitilahi.com/ yg aku rase sesuai untuk di baca oleh rakan-rakan sekalian....

Islam adalah satu keperluan
Satu perkara yang manusia terlepas pandang adalah, Islam merupakan satu keperluan di dalam kehidupan insan.
Percaya?
Ya, Islam telah menggariskan garisan-garisan yang jelas di dalam kehidupan sebagai peraturan. Kita dapat melihat apabila beberapa peraturan Islam dilanggar, maka kehidupan akan menadi kucar-kacir. Baik kehidupan individu, masyarakat, negara, mahupun dunia.
Islam dapat dilihat sebagai satu-satunya agama yang melekat kemas dan tepat dengan kehidupan manusia. Ini terbukti apabila Islam berjaya mengubah satu kaum arab jahiliyyah yang sangat rosak, menjadi kaum yang paling mulia di atas muka bumi. Ini terbukti lagi apabila Islam ini berjaya mencetus penemuan-penemuan baru di dalam medan ilmu bahkan meneraju kemajuan dunia pada awalnya.
Manusia, memerlukan Islam.
Tetapi, jika kita lihat, ‘kehendak’ kita tidak menghala ke sana.
‘Kehendak’ kita kata, kita akan terkongkong. Maka kita ‘nak’ bebas. Justeru kita ‘tak nak’ mengambil Islam secara sepenuhnya.
Islam adalah ibarat oksigen. Manusia perlu kepadanya. Tanpanya, manusia akan rosak dan menemui kehancuran. Oh ya, anda boleh melihat kehidupan sekeliling anda hari ini untuk menilainya. Oh, anda boleh juga baca surat khabar hari ini untuk membuktikan betapa suasana hari ini tanpa Islam yang sebenar ini.
Manusia ada pilihan. Untuk tidak menyedut oksigen. Dia ‘nak’ tak sedut oksigen.
Ok. Terpulang.
Tapi semua orang tahu apa pengakhiran buat mereka yang tidak menyedut oksigen.
Penutup: Allah itu memberikan kepada kita apa yang kita perlu, bukan apa yang kita nak
Jika perasan, Allah itu memberikan kepada kita apa yang kita perlukan. Bukan apa yang kita nak.
Kita nak hiburan banyak, kita nak lepak lebih, kita tak nak fikir jauh, kita tak mahu bersih, kita malas nak berdisiplin, kita suka cincai dan sebagainya. Allah tak bagi semua itu. Sebab Allah Maha Tahu itu semua membawa kepada kehancuran.
Tetapi Allah beri kita apa yang kita perlu. Islam, penuh kedisiplinan, penuh peraturan dan tatasusila, penuh adil dan saksama. Maka yang melaksanakannya, keperluannya terisi jiwa dan fizikal. Akhirnya kehidupannya mantap dan kemas, tenang dan selamat.
Begitulah seorang da’ie. Dia perlu bertindak seperti doktor.
Memberikan kepada masyarakat apa yang masyarakat perlu. Bukan memberikan masyarakat apa yang masyarakat nak.
Kalau doktor memberikan ubat mengikut kehendak pesakit, agak-agak apa yang akan terjadi?
Semua orang tahu endingnya.
Allah telah memberikan petunjuk ini.
Tidakkah kamu memerhati?

No comments:

Post a Comment