Saturday, 26 March 2011

Cinta Yg Kekal Abadi....

Kesempurnaan manusia itu terletak dalam Cinta kepada Allah ini.  Cinta kepada Allah ini hendaklah menakluki dan menguasai hati manusia itu seluruhnya.  Kalau pun tidak dapat seluruhnya,  maka sekurang-kurangnya hati itu hendaklah cinta kepada Allah melebihi cinta kepada yang lain.
Sebenarnya mengetahui Cinta Ilahi ini bukanlah satu perkara yang senang sehingga ada satu golongan orang bijak pandai ugama yang langsung menafikan cinta kepada Allah atau Cinta Ilahi itu.  Mereka tidak percaya manusia boleh Mencintai Allah Subhanahuwa Taala kerana Allah itu bukanlah sejenis dengan manusia.  Kata mereka;    maksud Cinta Ilahi itu adalah semata-mata tunduk dan patuh kepada Allah sahaja.
Sebenarnya mereka yang berpendapat demikian itu adalah orang yang tidak tahu apakah hakikatnya ugama itu.
Semua orang Islam bersetuju bahawa cinta kepada Allah (cinta Allah) itu adalah satu tugas.  Allah ada berfirman berkenaan dengan orang-orang mukmin;
"Allah Cinta kepada mereka dan mereka Cinta kepada Allah".
Nabi pernah bersabda;
"Belum sempurna imam seseorang itu hingga ia Mencintai Allah dan Rasulnya lebih daripada yang lain".
Apabila malaikat maut datang hendak mengambil nyawa Nabi Ibrahim,  Nabi Ibrahim berkata,  "Pernahkah engkau melihat sahabat mengambil nyawa sahabat?" Allah berfirman,  "Pernahkah engkau melihat sahabat tidak mahu melihat sahabatnya?"  Kemudian Nabi Ibrahim berkata,  "Wahai Izrail!  Ambillah nyawaku!"
Doa ini diajar oleh Nabi kepada sahabatnya;
"Ya Allah,   kurniakanlah kepada ku Cinta terhadap Mu dan Cinta kepada mereka yang Mencintai mu,   dan apa saja yang membawa aku hampir kepada CintaMu,  dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga kepadaku dari air sejuk kepada orang yang dahaga."
Hasan Basri ada berkata;

"Orang yang kenal Allah akan Mencintai Allah,  dan orang yang mengenal dunia akan benci kepada dunia itu".

No comments:

Post a Comment